Friday, July 27, 2007

PraU 4C - Mana Blog url?



Saya dah selamat menjalani pembedahan ACL. Tugasan telah diberitahu dengan jelas, tapi sampai hari ni saya belum menerima apa-apa maklum balas tentang tugasan blog yang diberikan. Tak faham? tak reti? atau .... sila beri tahu pada bahagian comment di bawah.

Wednesday, July 18, 2007

Tugasan PraU 4C 2007/2008



Mulai 20 Julai 2007, saya menjalani pembedahan ACL, rasanya cuti dalam 2..3 minggu. jumpa you all bila dah hampir dengan exam nanti. exam 22 Ogos 2007. Ada 3 tugasan yang perlu anda siapkan.

1. Update blog - setiap kali waktu kelas komputer anda perlu update blog masing-masing berserta dengan foto yang sesuai @ berkaitan. (kelas komputer hari Isnin, Rabu dan Khamis). 3 update per week. Sila masukkan URL blog anda diruangan comment di bawah.

2. Baca dan buat persembahan menggunakan MS Powerpoint untuk nota chapter 7 (input&output).

3. Habiskan pembelajaran untuk module MS Excel.

4. Apa2 masalah/pertanyaan sila hubungi saya 012-3182022

Thursday, July 12, 2007

Pemenang Blog


Pihak Sekolah berbesar hati untuk memberi hadiah kepada 3 Blog yang terbaik pada malam Penyampain Sijil 13 Julai 2007. Kriteria pemilihan berdasarkan kreativiti dan unsur-unsur multimedia yang dimasukkan.

Pendaftaran Pelajar Baru PraU Sesi 2007/2008


SSBJ : Pelajar PraU mula mendaftar untuk sessi 2007/2008. Guru-guru prauniversiti SSBS sibuk menguruskan pendaftaran agar semuanya berjalan dengan lancar.
Mengikut Penyelaras Program PraU SSBJ, Mr. Tan Geok Ong :
"Urusan kemasukan pelajar tahun ini lebih lancar, terutamanya urusan yuran dan asrama. Pihak Sekolah mengucapkan terimakasih kepada pelajar & Ibubapa yang memberi kerjasama."

Wednesday, February 07, 2007

Student's blog

Dateline untuk menyiapkan blog masing-masing adalah pada 13 Feb. 2007. sekurang-kurangnya dah ada 7 update. Sila masukkan url blog anda dalam ruangan comment di bawah. sertakan nama penuh dan kelas anda. penilaian adalah dari segi 'content' dan kreativiti. Hadiah bernilai tidak kurang dari RM300 menanti anda.

Saturday, January 27, 2007